Monday, 14 March 2016

Ujian kehidupan

Assalamualaikum....

Entry kali ni sis nak cerita pasal ujian dalam kehidupan...sis tak tahulah ada orang baca ke tidak blog ni..tak kisah lah yang penting sis nak share dengan korang yang sudi membaca...

Setiap manusia pasti diuji....dan ujian setiap orang pula berbeza....korang rasa kenapa ujian tu berbeza? Kenapa tak sama? baru adilkan? Cuba korang fikir? Sebenarnya sis pun tak ada jawapan...tapi pada pandangan sis seorang manusia itu diuji mengikut kedudukannya disisi Allah swt. Dan juga mengikut kemampuannya....kedudukan yang sis maksudkan ni bukan kedudukan duniawi melalui mata manusia...tapi mengikut pandangan Allah...dan hanya Allah yang Maha mengetahui kemampuan hambanya...Sis pernah baca buku..ayatnya membawa maksud....Allah menguji kerana sayangkan hambanya jadi Allah swt nak naikkan darjat hambanya melalui ujian....sabarkah kita?...bersyukurkah kita dengan ujian tersebut? Mungkin bagi sesetengah orang merasakan ujiannya lebih hebat dari orang lain...ujian hidupnya lebih susah...tetapi bukan kesenangan yang diukur...bukan kekayaan tang diukur...bukan kebahagiaan yang diukur....tetapi nilai ikhlas.. sabar..iman dan taqwa yang membezakan darjat seseorang....contohnya sedekah seratus ringgit yang dikeluarkan orang berharta tidak sama nilai sedekahnya dengan seratus ringgit yang diberi oleh orang yang dalam kesusahan, kesempitan...yang susah itu ujian yang senang itu pun ujian...

Begitu mahal tiket ke syurga sehingga dikatakan tidak masuk syurga anak anak adam yang didalam hatinya ada perasaan riak..sombong walaupun hanya sebesar biji sawi....so cuba korang bayangkan seseorang yang hidupnya bagus....berpelajaran tinggi...mempunyai keluarga yang bahagia...dilimpahi kemewahan....taat beribadah...solat...puasa...zakat tak tinggal....tapi dalam hatinya dia merasakan dia lebih baik dari orang lain...lebih pandai...lebih alim...orang macam ni pun belum tentu masuk syurga kerana ada riak dalam hatinya....kerana kesenangan kebahagiaan adalah ujian buatnya apatah lagi orang yang tiada berbuat baik semasa hidupnya....sebab yang akan mengadili di padang mahsyar nanti bukan manusia..tetapi Allah tuhan sekelian alam...yang menciptakan langit dan bumi dan mengetahui segala isi hati hambanya....tidak la dapat kau menipu saat itu....

Wahai sahabat.....wahai teman....jika saat ini kau diuji....jika saat ini kau rasa lemah....jika saat ini kau hilang segalanya....jika saat ini kau tak punya apa apa ingatlah kau ada Allah yang sentiasa ada bersamamu..pemilik sekalian alam...wahai teman janganlah kau cemburu pada dia yang seakan sempurna hidupnya...tetapi cemburulah pada amal ibadah yang dilakukannya...cemburulah pada kebajikan yang dilakukannya...cemburulah pada tahajudnya....cemburulah pada akhlaknya...cemburulah hubungannya dengan Allah...tetapi jika pada saat ini kau punya segalanya...ingatlah ia bukan milikmu....tapi pinjaman bahkan ujian untukmu untuk menilai hambanya yang manakah telah beriman...

Sis doakan semua yang membaca entry ini diampunkan segala dosa dan diberi taufik hidayah dalam menempuhi ujian kehidupan...moga segalanya dipermudahkan.

Assalamualaikum...

Monday, 7 March 2016

DOA MURAH REZEKI

1. Surah Ar-Ra'd (ayat 1-3)
2. Surah Sad (ayat 54)
3. Surah Asy-syura (ayat 19)
4. Doa murah rezeki

Thursday, 3 March 2016

Shawl ala-ala Syatilla Melvin heroin drama Sha & Shah


Assalamualaikum….

Ni nak cerita pasal drama Sha & Shah. Ok tipu…Sis nak cerita pasal shawl yang digayakan Syatilla Melvin sebenarnya. Korang perasan tak tudung or shawl yang Syatilla pakai dalam drama tu? Cantikkan…nampak kemas je…mesti korang bermonolog dalam hati

“cantiknya kulit dia”

“comel je dia pakai tudung”

“nampak kemas je”

“macam mana eh dia pakai shawl cam tu?”

Ha mesti adakan monolog tu dalam hati korang. Ceh…tok sah nak menipu la. Ni sis nak bagitahu sis boleh tolong korang pakai shawl macam tu…sebijik punyer…Sis tahu korang ni semua nak nampak bergaya tapi tak pandai lilit lilit kan? Pastu pin selalu jer hilang….pastu baru jer nak pakai pin dah kena jerit suruh cepat…mesti korang tension kan.

Sebenarnya sis nak tunjuk kat korang INSTANT SHAWL ORKED











Jangan la tanya kenapa tak tunjuk muka? model tudung ni pemalu orangnya...

ciri ciri yang awesome pasal INSTANT SHAWL ORKED ni yang korang kena tahu:

1. BERGAYA,
2. SENANG DIPAKAI, 
3. KAIN LABUH DAN TAK JARANG (boleh adjust labuh)
4. TAK IRON PUN XPE

Korang just ikat je bahagian yang bertali dan sarungkan…senang giler weyh….semua orang pun boleh pakai..yang perempuan la..yang lelaki pakai nak buat apa..confirm comel lepas ni macam Syatilla Melvin…(^-^). manis manis madu... manis lagi korang bila pakai shawl ORKED ni...ahaks...kalau pergi mana mana mesti orang tegur..lagi lagi kaum hawa di sekeliling korang...mesti tanya beli kat mana? ha jangan kata sis tak payung...

Muka bulat tak sesuailah…nampak macam bola???

Siapa kata deknon oi…korang tau tak yang bulat itu comel…bak kata ayah sis la kan….orang muka bulat ni awet muda…ha yang tu tak tahu la plak tapi pipi pau yang bulat yang tembam tu cute tau.…Jangan malu dengan pipi korang yang gebu tu ok...Korang yang kurus pun sesuai tau. sebabnya shawl Orked ni didesign khas untuk menyerlahkan bentuk muka korang. Nampak lagi muda uolls...stok tak banyak ni so kena cepat grab.

Kalau korang minat boleh whatsapp sis +60193960773...
korang jugak boleh follow sis melalui 
fb :Sis Wani ,
page : Gengkiter 
instagram : gengkiter_official


Pernah tak ?


Bila kau rasa down giler giler….apa yang kau rancang tak menjadi….kawan kawan kau semuanya gempak gempak lifestyle dia…..pastu orang sekeliling kau pressure kau…kau serabut and rasa loser giler...kau rasa masa depan kau gelap...kau rasa nak hilangkan diri….tapi kau tak berdaya…pernah tak korang rasa macam tu? especially adik adik yang dapat result SPM hari ni.

Hari ni adik adik dapat result SPM kan? Yang dapat result gempak gempak tu tahniah untuk korang….yang dapat biasa biasa pun tahniah jugak….yang lulus jer pun tahniah sis ucapkan. Sis nak nasihat la kat adik adik yang baru dapat result spm tapi tak seperti yang diidamkan…walau apa pun result yang korang dapat…terima dengan hati terbuka dan jangan sesekali give up ok…keyword dia jangan give up

Journey korang jauh lagi dan jangan putus harapan nak kejar cita cita korang tu…harapan tu akan ada selagi korang tak putus asa berusaha….orang yang dapat result gempak pun kalau dia berhenti berusaha dia tak akan berjaya…..orang yang berjaya adalah mereka yang tak pernah berhenti berusaha demi mencapai impian…so aja aja fighting adik adik…

Sis ada jer kawan yang walaupun dia tak cemerlang masa SPM tapi dia buktikan dia boleh berjaya….masa orang lain masuk matrik, foundation la…dia buat diploma kat swasta…so disebabkan dia cemerlang dia tak ayah bayar pinjaman mara dia…masa dia buat degree dia tak dapat biasiswa dan terpaksa pinjam ptptn…tapi dia buktikan yang dia boleh cemerlang dan sekali lagi dia tak perlu bayar duit PTPTN….dalam erti kata lain dia belajar free sama macam budak budak  yang dapat biasiswa. Yang membezakannya adalah dia kekal cemerlang…student yang dapat biasiswa pun kadang kadang tak cemerlang masa buat degree. Maybe diorang ingat dah dapat biasiswa so boleh relax sikit.


Selagi korang berusaha korang mesti dapat kejar cita cita korang. Tapi jangan lupa walaupun kita merancang tapi perancangan ALLAH adalah yang terbaik. So adik adik yang sis sayang jangan stress stress…doa banyak banyak k…ALLAH kan ada…ALLAH swt tak janji belajar giler giler boleh berjaya…ALLAH tak janji kerja siang malam akan berjaya…tapi orang yang berjaya adalah orang yang beriman dan mendirikan solat. Kalau ada masalah solat…kalua buntu solat…minta pada ALLAH swt. Okey la tu jer nak share. Salam perkenalan dari SIS WANI....Assalamualaikum.